Wednesday, April 9, 2008

Ketua Kampung Letak Jawatan Diserap Semula Di Bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Semua ketua kampung yang meletak jawatan di empat negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat akan diserapkan semula di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Menterinya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata empat negeri yang diperintah kerajaan Pakatan Rakyat yang dimaksudkan itu ialah Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang mempunyai kira-kira 2,000 ketua kampung.

Beliau berkata nama untuk jawatankuasa itu belum diputuskan lagi namun berkemungkinan menggunakan cadangan yang dibuat Persatuan Ketua-ketua Kampung Perak hari ini iaitu Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Kementerian akan membayar semua elaun mereka dan semua projek persekutuan akan disalurkan terus kepada JPPP masing-masing tanpa melalui kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 817 ketua kampung di Perak di Institut Latihan Kemas di sini hari ini.

Muhammad berkata sebagai permulaan, 817 ketua kampung dan 11,438 anggota JKKK di Perak yang meletak jawatan berkuatkuasa 1 Mei ini akan berurusan terus dengan kementerian itu tanpa melalui kerajaan negeri.

Beliau berkata perincian mengenai penubuhan JPPP yang mempunyai bidang tugas yang sama di kampung bagi menggantikan JKKK, akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat untuk dibincangkan seterusnya diluluskan.

Katanya elaun RM400 juga akan dibayar terus kepada mereka dan kementerian sedia mengkaji untuk menambah jumlah elaun sedia ada kerana ketua kampung yang meletak jawatan tidak lagi akan menerima elaun antara RM50 dan RM200 yang dibayar oleh kerajaan negeri.

Komen:

Nak harapkan kerajaan negeri di 5 tempat tu nak beri elaun tinggi. Sekurang-kurangnya pihak kementerian prihatin terhadap nasib rakyat. Apakan daya jasa dan bakti yang mereka curahkan disia-siakan oleh pihak kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Tahniah diucapkan kepada pihak kementerian di atas usaha murni ini.

2 comments:

AnakWatan said...

Aku heran kenapa BN ke Pembangkang ke terlalu mengambil berat dengan org cina dan india, cuba tgk surat khabar kerajaan akan mengambil kira pandangan org cina dan india, kerajaan akan memastikan kepentingan kaum cina dan india tidak terabai,,, kenapa.... kenapa.... kenapa kerajaan tidak berkata kami akan menjaga kepentingan melayu, ....... kenapa mereka tidak cuba menambat hati melayu ... ibarat kera di hutan di susukan anak dirumah mati kelaparan..... pada statistik org melayu lebih ramai dari bangsa lain.... kalau org melayu menghimpunkan bangsa sendiri kita boleh kalahkan mic, mca dap .... tapi kenapa....... kenapa.... tgk apa dah jadi kalau cina memerintah........ wahai pemimpin melayu ambil iktibarlah dari SINGAPURA... selepas cina ambil alih pemerintahan adakah org melayu dapat berkongsi kuasa juga?.... fikir - fikirkan lah.... kenapa takut sangat dgn org cina... meraka dah kuasai ekonomi kenapa mereka mahukan kuasa pemerintahan pula... tidakkah itu tamak namanya... habis MELAYU hendak letak dimana... dalam kandang BABI ke? sedarlah org MELAYU..... mereka cuba merampas tanah kita untuk bangsa mereka sahaja....... mereka bukan mahu bekerjasama dgn kita... sepatutnya mereka bersyukur kerana org MELAYU tidak pernah menyekat apa juga bisnes mereka.... mereka kaya kita miskin..... siapa yg merosakkan org melayu.... siapa tokeh dadah sebenarnya.... fikir-fikirkan lah.... adakah adil jika kita ada seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan dibelikan songkok kedua2nya.... fikir fikirkanlah....

WaZiRai said...

Sudah sampai masa kita orang melayu meminta hak kita sebagai bangsa majoriti. Jangan lagi kita sentiasa memberi sahaja walaupun hingga bergadai harta benda dan segalanya. Orang Melayu sekarang kena jadi kedekut untuk beri kemewahan yang ada dalam negara kita kepada bangsa lain. Ini hak kita.