Tuesday, April 1, 2008

Orang Melayu akan diperalat jika pilih Anwar jadi PM, kata Dr M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu akan diperalatkan oleh bangsa asing jika memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Beliau mendakwa Anwar, adalah seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang.

"Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama. Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga."

Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri. Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana," katanya pada sesi soal jawab selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong di Pulau Pinang Ahad.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh salah seorang peserta di mesyuarat itu mengenai laporan media asing yang mendakwa Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi.

"Kalau orang Melayu nak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu (Anwar). Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara,"

Komen:

Kadang-kala rakyat mudah lupa bagaimana kotornya permainan politik Anwar seperti mana kotornya pemikirannya. Rakyat mudah lupa inilah yang menjadi permainan bagi Anwar untuk menjadikan mereka sebagai zombi memuaskan nafsu syaitannya menghancurkan politik Malaysia. Sedarlah rakyat jangan cepat alpa.

1 comment:

yusof said...

Masih ada orang yang percaya pada kata-kata Mahathir? Macam juga amaran demi amaran yang dikeluarkan oleh Mahathir pada setiap pilihanraya umum, kalau BN tak menang lebih dari 2/3 ( bukan kalah ), politik tanahair akan menjadi tak stabil dan akhirnya negara akan menjadi huru-hara, ada ke huru hara selepas PRU12 atau ada pihak yang kalah mahu rakyat percaya pada cakap-cakap Mahathir?