Tuesday, April 8, 2008

PAS Jadi Pecacai dalam Pakatan Rakyat

Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Dato' Ahmad Yakob melahirkan rasa kesal di atas laporan akhbar yang dianggap menyimpang daripada kenyataan asalnya mengenai isu Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau tidak bermaksud mahu parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat dipaksa menerima PAS sebagai tunjang kepada pakatan yang baru dibentuk.

"Pakatan itu masih lagi di peringkat awal yang dipersetujui semua parti pembangkang termasuk PAS, KeADILan dan DAP. Jadi soal siapa yang perlu mengetuai pakatan itu belum diputuskan.

"Sesiapa pun boleh mengetuai pakatan tersebut apabila ia dipersetujui semua ahli dalam pakatan yang dibentuk," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darulnaim, hari ini.

Komen :

PAS sebenarnya kekurangan undi majoriti suara dalam Pakatan Rakyat dan oleh sebab ini PAS takut untuk bersuara. PAS takut dengan kemampuan parti PKR dan DAP. Pada mereka PAS hanya boneka untuk memancing undi dan mereka bertujuan untuk melemahkan lagi kaum Melayu dan Islam. Jelas PAS terlalu DAYUS dalam bersuara dan menegakkan kebenaran seperti mana yang dituntut oleh Islam. Negara Islam perlu diperintah oleh orang Islam bukan kafir laknat !

Sebelum ini akhbar melaporkan Ahmad menyebut PAS wajar menjadi tunjang Pakatan Rakyat yang dibentuk parti-parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuh sebuah negara Islam.

Bagaimanapun kenyataan itu disifatkannya ditulis mengikut persepsi wartawan itu sendiri dan bukannya menulis apa yang dicakap.

Menurutnya dalam kenyataannya sebelum ini tidak pernah pun disebut soal negara Islam sebagaimana dilaporkan.

Kata beliau apa yang diutarakan sebenarnya mahu memberi masa kepada mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat faham mengenai konsep pentadbiran berteras Islam yang dilaksanakan di Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu.

"Tidak dinafikan kita memerlukan masa untuk memberi kefahaman kepada semua pihak mengenai konsep pentadbiran Islam yang dibawa PAS.

Komen:

Konsep Pentadbiran Islam melalui hubungan kerjasama Pakatan Pembangkang yang turut disertai oleh PAS telah berjaya meluluskan projek mega pertama mereka. PAS yang dilihat tersepit ditengah-tengah menyokong cadangan yang dibuat oleh DAP dan dikawal selia oleh PKR. Melalui kaedah ini, kita dapat lihat bagaimana evolusi PAS dengan rancangan Konsep Pentadbiran Islam Cara Moden. PAS tidak mampu bersuara mengenai hal ini. Mereka hanya mampu mengangguk dan menerimanya sahaja.

PROJEK USAHASAMA

LADANG TERNAKAN BABI MODEN BERNILAI RM 100 JUTA


"Buat masa ini biarlah semua ahli dalam pakatan faham sebelum sesuatu itu dilaksanakan. Ini kerana pakatan yang dibentuk dilihat sudah diterima rakyat," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Anual Bakri Harun berkata, isu pertelagahan di antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat sengaja ditimbulkan media massa bagi menenggelamkan perpecahan dalaman Umno yang berlaku sekarang.

Komen:

Ini bukan isu tenggelam timbul, tetapi ini isu ketetapan pendirian dalam menegakan corak pentadbiran Islam. Jika PAS boleh dilihat sebagai kancil tersepit di antara 2 gajah dalam menentukan corak pentadbiran, bukankah itu lemah namanya!

Katanya, media harian milik Umno dan BN sengaja membesar-besarkan isu pertelagahan dalam Pakatan Rakyat, sedangkan pada hakikat ia tidak berlaku.

"Buat masa sekarang tidak timbul siapa yang akan menerajui Pakatan Rakyat kerana ia masih baru dan di peringkat awal lagi. Ahli-ahli parti hendaklah menyerahkan perkara itu kepada pemimpin atasan.

"Belum sesuai lagi kita mahu mengutarakan pandangan peribadi masing-masing mengenai Pakatan Rakyat. Sekarang adalah masa untuk bekerja selepas diberi mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu," ujarnya.

12 comments:

gaban said...

apa kena mengena lak artikel ni dgn gambaq babi-khinzir tu...

takkan semua nak dikaitkan dgn babi, apa dh tak ingat menda lain ke skrg ni selain dr ba-b tu...

betul apa kata timb. MB kelantan tu, akhbar arus perdana ni nak-nak utusan meloya dgn berita hairan selalu spin cerita

WaZiRai said...

spin cerita ni la yang boleh sedarkan rakyat tentang kelemahan parti terutamanya pakatan rakyat sekarang.

gaban said...

cuba cerita lak apa kelebihan BN..

setakat naik harga minyak, rege barang, rege tol, yg kurang cuma yuran sekolah yang beberapa hinggit je, pastu sethn sekali je...

at least kerajaan negeri penang tambah elaun guru kafa setiap bln, bln jun nanti kerajaan negeri selangor bg air percuma 20 m3 setiap bulan jugak (RM11.40, banyak tu, jgn jeles...), kerajaan negeri perak bg tanah HAK MILIK KEKAL (org cina dpt byk sbb diorg paling byk duk kg baru, org melayu dpt sikit sbb byk tu je yg duk kg tersusun)

itu baru sebulan memerintah, belum lagi sebulan, lagi mcm2 rakyat dapat tau...

budak_baru said...

ISU BABI

Kenyataan Kerajaan Negeri Selangor Mengenai Projek Ternakan Babi PDF Emel
08 April 2008
Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu.

Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008. Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.

Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming. Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor...

budak_baru said...

Isu Kampung Baru

16,637 hak milik telah diberikan kepada penduduk Kampung Baru di Negeri Selangor. Langkah ini dilaksanakan bersama beberapa insentif bagi menggalakkan mereka memperoleh hak milik. Tanah-tanah yang belum mendapat hak milik merupakan tanah yang berada di dalam rizab pantai yang mana sememangnya dasar kerajaan negeri untuk tidak memberi hak milik pada mana-mana pihak.

Pada masa yang sama, timbul masalah kilang tanpa lesen yang beroperasi di kawasan kampung baru. Kerajaan Negeri hanya akan memberikan hak milik untuk kegunaan kediaman dan bukannya industri atau perniagaan, dan berusaha mencari penyelesaian untuk kilang-kilang tanpa lesen di sana.

Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan penduduk Kampung Baru untuk meningkatkan infrastruktur dan menjaga kebajikan mereka sepertimana penduduk Selangor yang lain.

Pertindihan Pemberimilikan

Isu pertindihan pemberimilikan ini kebanyakannya berpunca dari masalah rekod tanah. Kebanyakannya berlaku di kawasan bandar atau separa bandar seperti Daerah Petaling dan Gombak.

Sebanyak 21 hakmilik di negeri Selangor berada dalam siasatan polis dan mahkamah pada waktu ini, dengan keluasan yang dianggarkan sekitar 7 ekar.

Kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo tidak membantu menyelesaikan masalah, kerana pegawai kerajaan rasa khuatir dan takut.

Menteri Besar akan bertemu dengan Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pegawai-Pegawai Daerah untuk memastikan mereka meneruskan kerja mereka disamping membantu Kerajaan Negeri mengemaskinikan rekod tanah dan menyelesaikan masalah serius ini.

Jika wujud sebarang bukti salahlaku, Kerajaan Negeri akan membuat laporan polis bagi membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

WaZiRai said...

Kelebihan BN: Beri peluang untuk korang buat duit, beli rumah,kereta, hantar anak sekolah dan sebagainya.. Kalau takder kerajaan BN ingat kerajaan baru campuran boleh buat benda ni dalam sebulan perintah ke?

WaZiRai said...

adat manusia. yang lama dilupa yang baru dijulang. mana ada orang tak buat salah, patut sama-sama bantu untuk majukan negara bukannya burukkan lagi keadaan.

WaZiRai said...

orang cina pun asal bukan ada tanah, duduk kampung baru pun dulu tanah kerajaan. Sekarang parti pembangkang naik jadi kerajaan selangor semua tanah bagi free kat orang cina. tunggulah nanti orang melayu sendiri kena spin jadi macam orang cina dulu, merempat atas tanah kerajaan dan orang cina dapat tanah orang melayu. Ini tanah melayu bukan tanah cina. Tu belum kira berapa banyak tanah melayu dah jadi jerat cina!

gaban said...

beri peluang buat duit, beri pelajaran & etc tu merupakan satu tanggungjwb bagi sesebuah kerajaan kpd rakyatnya. kemampuan mentadbir takkan nampak dlm masa sebln, pak lah yg dah dkt 5 thn jd pm masih x nampak, so, skrg ni elok la berubah ke PR lak, at least satu malaysia dpt air free lak..

xde sapa pun yg inginkan negara mereka jd lebih buruk pd sebelumnya, so, apakah yg PR buat nampak buruk semata-mata.. fikirlah sikit, kelantan tu dh dekat 20 thn kt pas, x hancur lak negeri tu...

jgn racist sgt, org cina pun rakyat malaysia gak, diorg pun manusia jugak, so, apa salah diorg dpt tanah tu, bknnya free pun still kena bayar...

org melayu kt malaysia ni cuba cerita sikit, banyak brg2 beli kt sape, giant tu sape punye, kompleks2 besar tu sape punye, even nak tukar rim dgn makeup kereta pun kedai cina gak ditujunya, betul tak wazirai....

WaZiRai said...

tuh pun orang melayu tak sedar-sedar. Nak sokong bangsa tu. Siap sokong pulak tu. Bodoh betul orang ramai yang sokong mereka masa pru-12 dulu. Nampak sangat BELOT

WaZiRai said...

kalau semua nak free memang nampak sangat rakyat Malaysia tak boleh berdiri sendiri. Kerajaan mana bagi free kerajaan tu la yang disokong, pijak kepala rakyat kelak pun tak mengapa! Kerajaan kalau nak nak bagi benda free, semua benda leh kasik, bukan takat air je. Apalah sangat! tapi kerajaan nak rakyat sedar dan aktif tanpa banyak mengharapkan bantuan penuh dari kerajaan. Berusaha dahulu sebelum harapkan bantuan. Ni belum berjuang dah nak mintak bantuan. Macam mana nak maju negara kalau rakyat dah didik jadi lembab dan lemah. Orang Cina boleh maju sebab dia dulunya pendatang. Adat sebagai pendatang memang kena kerja kuat sebab tu dia boleh berjaya. Kita bangsa asal tanah melayu ambil kesempatan sebab ini tanah kita, jadi kita selalu lupa. Kita sentiasa mengejar kuasa tapi orang cina bukannya nak kuasa, mereka cuma nak bolot ekonomi negara. Jadi sekarang bila mereka berkuasa, mudah untuk mereka dapat kedua-duanya kuasa dan ekonomi negara.

si_merahhati said...

Tak boleh ke BN dan Pembangkang ni duk satu meja wat rundingan baik2. Sama2 sepakat, sama2 usaha utk baiki kelemahan tingkatkan kelebihan. Kan bagus kalau cmtu... Tp ye la cm pungguk rindukn bulan...