Tuesday, April 15, 2008

Pengeluaran babi berlebihan

Jumlah pengeluaran daging babi pada tahun 2006 ialah 210,510 tan, melebihi keperluan masyarakat bukan Islam tempatan iaitu hanya 197,513 tan.

Komen:

Dasar tamak melebihi keperluan masyarakat. Inilah yang terjadi apabila mereka mengejar keuntungan tanpa mengambil kira keperluan dalam negara. Tolak tepi keperluan, yang penting untung ma! Jika diwujudkan lagi ladang ternakan yang dikatakan akan lebih maju dan canggih, maka bagi mereka, keuntunggan akan berlipat kali ganda. Lebih banyak babi daripada binatang lain lagi bagus kerana mereka dapat mengawal ekonomi negara dan secara tidak langsung menindas kaum lain yang tidak mempunyai kepentingan dalam ekonomi berasaskan haiwan ini.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan menerusi laman web Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), lebihan pengeluaran itu ialah sebanyak 12,997 tan.

Jumlah permintaan daging babi berkenaan, membabitkan 155,884 tan di Semenanjung Malaysia, 10,009 tan (Sabah) dan 31,620 tan (Sarawak).

Pengeluaran pula membabitkan 168,356 tan di Semenanjung Malaysia, 9,914 tan (Sabah) dan 32,240 tan (Sarawak).

Perangkaan pada tahun itu menunjukkan wujud perbezaan ketara dengan pengeluaran daging lembu di negara ini yang hanya berjumlah 31,885 tan.

Jumlah itu adalah amat sedikit berbanding permintaan besar terhadap daging lembu oleh orang ramai iaitu sebanyak 146,373 tan.

Dalam pada itu, perangkaan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) pula menunjukkan nilai pengeluaran daging babi di Malaysia adalah lebih besar berbanding lembu dan kambing.

Berdasarkan perangkaan tahun 2006, nilai keseluruhan daging babi yang dikeluarkan di peringkat ladang ialah RM1.4 bilion berbanding lembu RM569 juta dan kambing RM42 juta.

Harga daging babi di peringkat ladang juga lebih mahal iaitu RM5.90 sekilogram berbanding ayam hanya RM4 sekilogram.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPH, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin dalam satu kenyataan baru-baru ini menjelaskan, Malaysia sudah menghentikan pengeksportan daging babi berikutan langkah kerajaan mengamalkan dasar pengeluaran untuk keperluan dalam negara.

Eksport itu yang hampir keseluruhannya untuk pasaran Singapura dihentikan pada tahun 1999.

Mengenai jumlah ladang ternakan babi di seluruh negara, katanya, terdapat sebanyak 870 ladang babi yang mana 666 di Semenanjung Malaysia, 53 (Sabah) dan 151 (Sarawak).

''Jumlah ternakan babi pula ialah 1.8 juta ekor iaitu 1.5 juta di Semenanjung Malaysia, 70,000 di Sabah dan 290,000 di Sarawak," ujarnya.

Komen:

Pendek kata, ladang babi dan bersepah dalam Malaysia, tolak tepi samada kandang halal atau haram yang penting sekarang dah terlalu banyak binatang ini diternak. Perlukah kita menyokong kerajaan Selangor untuk mendirikan lagi kandang bernilai jutaan ringgit itu? Ini secara langsung menambahkan lagi beban kepada rakyat kerana wujud lagi ladang babi cuma bezanya sekarang, kandang ini dikawal-selia oleh kerajaan.

Kita pernah dengar sistem pawah untuk lembu dan kambing dibina dikawasan tanah kampung dan perumahan, tetapi kelak kita akan dapat melihat sistem pawah terbaru untuk babi pula selepas ini yang diternak ditepi-tepi kampung, taman atau bandar di Selangor yang mempunyai sijil kawal selia oleh kerajaan.

" Wa ada tanah ma, sijil pun ada ma, lu orang tarak buleh bikin apa wo, ini kerajaan Selangor support ma! "


Selangor mahu kaji semula lokasi ladang

KLANG 14 April - Selangor akan meneliti secara terperinci sama ada untuk meneruskan lokasi projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta itu di Sepang atau di kawasan lain negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata, penelitian tersebut dibuat setelah kerajaan negeri menerima cadangan daripada pihak-pihak tertentu yang mahu projek berkenaan dialihkan ke kawasan lain.

Katanya, keputusan untuk melaksanakan projek berkenaan masih belum dibuat kerana kerajaan negeri, ketika ini sedang mengkaji keperluan tertentu yang membolehkan lokasi projek berkenaan diubah.

Bagaimanapun status projek itu setakat ini, katanya, masih mengikut perancangan dan lokasi asal iaitu di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat.

Malah, beliau turut difahamkan projek berkenaan membabitkan peruntukan di bawah dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bukannya daripada kerajaan negeri.

Meneliti "Saya akan fikir dan teliti segala cadangan daripada semua pihak mengenai projek ini. Tetapi kawasan sedia ada (Ladang Tumbuk) sememangnya telah menjadi ladang ternakan babi sejak dahulu lagi dan kita masih kekalkan keputusan projek ini.

"Bagaimanapun, dalam masa yang sama kita juga akan meneliti secara terperinci sebarang cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Parlimen Klang bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar yang mahu supaya kerajaan negeri memindahkan projek ternakan babi itu ke kawasan terpencil seperti Pulau Ketam.

Noh menyifatkan keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan projek berkenaan tidak wajar kerana kawasan tersebut berhampiran Kampung Tumbuk yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu dan Islam.

Menurut Noh, kerajaan perlu memikirkan perkara itu kerana ia merupakan isu sensitif yang tidak boleh ditakrifkan sebagai berfikiran sempit kerana rata-rata rakyat negeri itu tidak mahu Selangor dijadikan sebagai pusat ternakan babi contoh.

Sebaliknya, rakyat mahu ternakan itu hanya untuk kegunaan penduduk setempat di negeri itu.


6 comments:

spongegoat said...

Dap berpakat dengan PKR
PKR berpakat dengan Pas
Maka, jadilah pakatan rakyat

Namapun - conspiracy (pakatan) yg menggambarkan mereka hanya mahu mempergunakan rakyat utk kepentingan sendiri hingga terciptanya PEMBELA BABI dengan BABI-BABINYA!

sniper said...

salam..

mintak maafla kalau komen tak berapa sedap, maklumla bukan saling kenal pun..

cukup pelik kenapa umno-bn bising-bising pasal babi sedangkan umno-bn la yang dok ternak selama ni..

baru aja pakatan rakyat selak fail projek babi umno-bn selangor..dah kecoh seluruh negara ..padahal tak ada apa-apa pun lagi yg pakatan buat..kalau ada pun rancangan nak sambung apa yang dah dirancang umno-bn..tu pun belum tentu boleh jalan..

NASIB BAIK PAKATAN RAKYAT MENANG DI SELANGOR DAN PERAK.. tergendala rancangan umno-bn menjadikan perak-selangor darul babi ..bagus kecoh awal-awal ni.. biar terencat semua projek babi ..

MALANG ORANG MELAKA DAN NOGORI ..SEBAB UMNO-BN masih menang .. MUNGKIN TOKEY KAT Sepang dah mula berkira-kira nak pindahkan babi tu ke Melaka dan Nogori sebab kat Selangor dah kecoh ..

entah apa yang jadi kat babi di sana.. hari tu FRU pergi pun kena hambat balik dek babi kat sana .. entah-entah sekarang ni dah bersepah-sepah babi depan rumah ali rustam dan m. hassan ..

KESIAN CAWANGAN AL-AZHAR KAT REMBAU.. mau terkejut beruk pak syeikh arab tu nanti nampak babi berkeliaran dalam kampus al-azhar tu ..

SUDAH-SUDAH LA SALAHKAN ORG LAIN.. UMNO DAN BABI TAK BOLEH DIPISAHKAN.. APALAH ERTINYA UMNO-BN TANPA BABI ..SONDOL-MENYONDOL BUDAYA UMNO-BN

WaZiRai said...

Kalau dah kerajaan selangor nak belanja berjuta ringgit pada perkara yang membazir bukankah ini satu kerugian. Ingat baliklah semua tentang janji dan manifesto pembangkang sebelum ini. Ada tak dia sebut nak majukan sektor babi dengan guna duit rakyat. Banyak janji besar mereka yang belum terlaksana. Tunaikan janji tu dulu sebelum nak tunjuk baik tolong bangsa lain selain kaum melayu.

Kononnya janji mereka itu kalau mereka memerintah negara, pergi jahanamlah. Rakyat nak tengok macam mana mereka buat kerja, baru dapat kuasa sikit dah mula nak lupa daratan. Nak back fire rakyat konon tak dapat kalahkan BN perintah Malaysia. Itu semua nak lari dari janji mereka. Bila dah ada kuasa untuk tadbir negeri buatlah elok-elok. Kalau betul nak bantu rakyat tak perlu bila dah dapat kuasai satu Malaysia baru nak tunjuk baik. Masa tu rasanya bukan nak tolong rakyat dah, nak lepas dendam pada rakyat adalah.

Isu babi ni kalau betul kerajaan selangor tak nak buat, cakap terus terang - TIDAK- senang cerita, tapi dari hari ke hari nak kaji dan kaji, nampak sangat mereka memang nak buat cuma tunggu keadaan reda daripada ledakkan rakyat. Rakyat tak akan diam tentang hal ini. Jika dulu pembangkang macam PAS tentang mati-matian pada semua tindakan BN, jadi sekarang macam rodalah. Parti je nama agungkan Islam tapi 2 X 5 berkomplot serta penakut darai dengan DAP & PKR.

WaZiRai said...

Masa BN perintah semua MELAYU NO 1 tapi bila DAP perintah Selangor sekarang, BABI NO 1, PAS jadi PEMUJUK ORANG MELAYU dan PKR jadi PEMANTAU PROJEK BABI NO 1.

DULU

Masa BN perintah ladang babi tumbuh secara haram bak cendawan dek tiada kelulusan dari kerajaan. Kerajaan terpaksa berperang dengan penternak babi kerana nak kawal pertumbuhan haram mereka yang mencemarkan Malaysia.

KINI

Masa PR perintah di bawah kuasa penuh DAP ladang babi berkembang pesat, bernilai berjuta ringgit, dek kelulusan penuh dari kerajaan berbanding binatang halal lain. Babi lebih maju daripada rakyat negeri Selangor sendiri.

Rafflesia said...

Hi all...testing-testing

Rafflesia said...

ok.. sory first time buat komen ni anyway cik wazirai ...janganlah,,,, emosional sgt... saya faham.. babi2 tuh pun makluk tuhan jugak dia org pun nak hidup...

uuuhuhu jgn salah faham saya bukan menyokong tapi benda2 nih kita boleh bawa bincang...

cuba cik wazirai tgk kalau paper hari2 keluar mesti pasal umno ckp pas pas ckp pkr,,,, umno ckp pas pas ckp pkr....semua tuh melayu tuh.. org cina der mcm tuh...dia org tak reveal bende2 tuh.. malulah beb


malulah sikit. alahai bende2 nih pemimpin 2 kene bawak bincang...