Monday, March 17, 2008

Guan Eng Dan Misi Seluar Katok

Kerana enggan membelanjakan RM100 ribu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih rela tinggal di sebuah rumah berusia milik bapanya.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menceritakan perkara itu selepas bertemu dengan Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau ke pulau itu baru-baru ini kerana hendak bertemu Lim untuk berbincang beberapa perkara mengenai kepentingan bersama kedua-dua pihak.

"Oleh kerana beliau sibuk, beliau meminta saya menemuinya kira-kira pukul 10.00 malam hari itu.

"Tahu di mana Guan Eng nak jumpa saya? Di restoran McDonald," kata Mohamad Sabu yang mula mengenali Lim dengan lebih dekat ketika sama-sama di tahan dalam Operasi Lallang 1987 lalu.

Naib Presiden PAS itu juga lebih selesa bertemu di tempat terbuka kerana "tidak ada apa yang hendak dirahsiakan".

Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kemudiannya memberitahu pertemuan itu tidak dapat diadakan di tempat terbuka itu atas nasihat pihak keselamatan.

Memahami perkara tersebut, beliau terus menuju ke rumah di mana Lim tinggal.

"Di rumah, dia biasa sahaja dengan "seluaq katok" (seluar pendek). Bila saya tengok keadaan rumah yang berusia tempat dia tinggal, saya tanya dia, kenapa tak pindah ke rumah rasmi Ketua Menteri?

"Dia (Lim) jawab: 'Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya'

"Saya rasa sangat terharu mempunyai kawan seperti itu," kata Mohamad Sabu.

Komen:

Mat Sabu oh Mat Sabu, sampai kemana mahu kau pergi. Bertanding Pilihan Raya kalah, anjur Bersih kena cekup, mana tempat lagi yang kau mahu pergi. Di Kelantan kena tolak macam bola, ke sana sini kena campak macam batu. Nasib baiklah ada si Norma kalau tak dengan kau-kau sekali kena campak keluar Hotel.

Sekarang nampak sangat buat-buat baik dengan Ketua Komunis Pulau Pinang. Kira sekarang berunding dengan mereka semata-mata nak tagih simpati jawatan dalam Pulau Pinang ke? Eloklah tu! Feri kita pun banyak yang nak kena cat. Bagus juga kau masuk, boleh sama-sama kebas harta orang Melayu, boleh sama-sama cari jalan nak hancurkan orang Melayu Pulau Pinang.

Si Ketua Komunis ni pula nampak sangat sengaja nak timbulkan perasaan kasihan rakyat. Konon nak tunjuk yang mereka ni baiklah sangat. Tak payah nak dolak-dalih, najis yang makan harta rakyat kalau ditutup dalam roket pun orang boleh tahulah. Kalau dah dasar Komunis, buat apa pun orang meluat nak dengaq! Eloklah berseluar katok sebab hanya itu sahaja seluar yang tak guna duit rakyat. Tolak RM 100 ribu tapi dibelakang telan RM 1 Juta. Kalau dah dasar Komunis tu sama je takde beza.

Bak kata pepatah baruKalau Dah Ketua Komunis Kencing Berdiri, Bau Wangi Hanya Di Depan Tapi Hancing Tersebar Di Belakangdengan pembelot Melayu sama-sama sokong walaupun terpaksa jual bangsa sendiri semata-mata nak selamatkan diri.

Yang menjadi agak pelik, kenapa mesti membelanjakan sampai RM100 ribu untuk baiki rumah ketua menteri? sedangkan rumah kediaman rasmi ketua menteri sebelum ni sudah cukup selesa dan masih elok lagi. Tidak ada apa yang kurangnya. Alasan yang diberikan oleh Guan Enn hanya hipokrit semata-mata!

3 comments:

yusof said...

Dari komen artikel tanda-tanda bagaimana UMNO bertindak sebagai pembangkang. Pasal pakai seluar katok pun nak kritik!

WaZiRai said...

komen seluar katok mempunyai maksud tersirat. Fikir dan olah kembali ikut akal sendiri yang diberi tuhan. Lihat sejauh mana DAP menghina kaum Melayu!

wan lee said...

assalamualaikum..... terima kasih wazirai atas komen anda..saya bersetuju 100%. saya takut seluaq katok tu membawa maksud yang tersirat bukan tersurat. hal ini kerana isi tersirat tak dapat kita lihat melalui pancaindera kita... mengenai seluaq katok tu apa yang saya bimbangi adalah takut takut ia membawa mesej penghinaan kepada umat islam... bayangkan seorang (ustaz yang diiktiraf oleh PAS) berjumpa dan berbincang dengan orang penting kerajaan yang tidak menutup aurat.... itu pendapat saya la.... tapi dari segi logiknya wajarkah di majlis yang boleh dianggap rasmi kita boleh berpakaian sedemikian... di mana adat ketimuran kita di mana sikap hormat-menghormati kita....renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah
..........salam