Di bawah ini saya sertakan semula kenyataan yang dituliskan oleh Raja Petra secara potong tampal..

When good is bad and bad is good
Posted by Raja PetraMonday, 31 December 2007

Apa makna bila yang baik itu buruk dan yang jahat itu baik? Mari kita guna teori Edward de Bono reversed psychology . Mari kita bertanya siapa sebenarnya musuh negara? Siapakah yang berani mempertahankan keselamatan negara? Siapa wira dan siapa penderhaka?

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin

It is not Islam is violent or that Islam teaches violence.It is that all religions are violent and all religionsteach violence. The only difference is, Muslims aregood Muslims and they follow their religious teachingswhereas those of other religions are bad Jews,Christians, etc., in that they do not follow what theirreligion teaches them.

Bayangkan seorang Melayu yang memakai nama raja, saya tak tahu dia ini keturunan raja di Malaysia atau raja yang lari dari Indonesia bila semua raja dan keluarganya dibunuh ketika muncul revolusi tahun 1946 atau dia ini raja tapi raja keturunan dari anak gundik.

Datuk Rahim King yang terkenal kerana keberaniannya terjun ke Kutub Utara kata ‘ Si Petra ini manusia setengah-sentegah ’. Saya tanya ‘ setengah tiang ke? ’. Datuk King kata ‘ dia ini setengah Melayu setengah lagi tak tahu mungkin manusia dua bendera, setengah Malaysia setengah luar negara ’.

Memang susah cakap dengan manusia yang hidup dalam dua alam. Mungkin dua agama agaknya kerana dia menggunakan Bilble bukan al-Quran bila berhujah mengenai agama. Salahkan pemimpin Melayu dengan tegas bersuara lantang menentang mereka yang tak menghormnati undang-undang negara? Syed Ali membuat kenyataan itu ketika menyampaikan pakaian dan perkakas sekolah kepada 50 anak yatim dari Pertubuhan Al-Qadim di UMNO Cheras.

Jika kita baca yang tersirat, kita akan bertanya siapa Petra Malaysia Today ? Betul ke dia ini manusia setengah-setengah atau setengah tiang, baju sudah hilang dua tiga butang? Dalam tulisannya bertarikh 31 Disember 2007, seolah-olah dia merasakanpermintaan Syed Ali mengenakan ISA kepada ‘ radikal ’ dan ‘ subversif ’ yang cuba menghancurkan keamanan negara tertuju kepadanya dan puakpuaknya yang ‘ subversif ’ atau ‘ radikal ’.

Kenapa orang lain main karen orang lain yang kena kejutan elektrik? Orang yang terpegang besi panas mesti melenting punya. Tahu tak pa... Itulah reaksi raja blogger Raja Petra Kamaruddin yang marah dan rasa tercabar bila Syed Ali berani membuat kenyataan untuk mengelak berulangnya tragedi pertumpahan darah akibat pertempuran kaum melancarkan serangan peribadi terhadap kenyataan Syed Ali.

Cara dia ialah mahu meracuni pemikiran rakyat. Dia serang siapa saja yang mengelilingi Perdana Menteri dan Timbalannya. Dia gunakan strategi menghina kaum keluarga dan datuk nenek Syed Ali Al-Habshi.

Perangai macam Amerika serang Iraq, tak beraniadakan dailog atas dasar yang tak disetujuinya. Kalau dia bukan seorang yang ‘ subversif ’, kenapa dia perlu melenting? Dia jadi alat atau ejen ‘ subversif ’ ke?

Dulu orang tua-tua kata ‘ siapa makan nangka dia kena getah ’. Petra setengah tiang ini sudah kena getah seperti burung yang sukar mahu lari. Pandainya golongan ini membuat rakyat hilang kepercayaan terhadap mainstream media arus perdana dengan meracuni pemikiran rakyat, jangan baca akhbar media perdana, jangan tengok TV3 dan RTM, hanya baca blog saja. Hebat ‘ perang saraf ’.

Apakah hajat mereka, media arus perdana akhirnya jadi seperti pawagam ditutup? Orang menonton VCD di rumah, VCD lucah dan apa saja siapa pun tak tahu. Bolehkah kita biarkan hal-hal yangberkaitan dengan bangsa dan agama dibiarkan seperti kita pilih penyanyi dalam Akedemi Fatasia dan Malaysia Idol ?

Mula-mula dia memberikan takrif perkataan ‘ Syed ’. Menurut kajian Raja Petra " Syed " maksudnya Syed bermaksud keturunan nenek moyangnya yang datang dari bumi Nabi Muhammad s.a.w. dan " Alhabshee " pula bermaksud keturunannya datang dari Ethiopia yang menurut Raja Petra sebenarnya adalah golongan ‘ hamba abdi ’ tawanan perang yang dibawa pulang ke Semenanjung Arab untuk tujuan menjaga unta dan membersihkan najis unta sehingga dia mati atau unta itu mati.

Saya senyum sendirian apabila membaca perenggan ini. Pertama ialah kerana ia tidak langsung merupakan satu tulisan yang bersifat intelektual . Malah ia tak ubah macam tulisan budak-budak baru nak belajar menulis. Lebih dari pada itu tulisan itu sendiri bersifat kebudak-budakkan?

Pernah tak anda lihat kanak-kanak bila bergaduh suka ejek mak bapak. Mungkin Petra ini masih belum ‘ akil baligh ’, budak tua, ‘ overgrowth baby ’ yang terencat akal akibat karma dari perbuatan dan dosa-dosa datuk neneknya atau memang dia ini gila. Kalau tidak, tak lama lagi gila. Dia tak tahu keistimewaan yang dimiliki oleh para habib dari keturunan Al-Habshi.

Kalau dia pernah ke Singapura selaku seorang Islam yang tahu adanya manusia yang Allah kurniakan ‘ karamah ’, Allah karim Allah juga yang memberikan kemuliaan, dia tentu tahu dan sedar bagaimana Allah mengangkat makam seorang manusia untuk menjadi seorang wali Allah seperti yang dianugerahkan kepada Habib Noh Al-Habshi.

Ada ramai ‘ Habib ’ yang diitiraf sebagai wali Allah diantara yang saya kenal dan pernah berguru ialah Habib Hussein Al-Habshi di Bangil dan Habib Anis Al-Habshi di Solo, tok saudara Habib Ali Al-Habshi. Walaupun sudah lama kembali ke rahmatullah namun setiap tahun puluhan ribu yang menghadiri ‘ houl ’ yang memperingati mereka. Tulisan yang tak intelektual macam ini cuma diminati dan dibaca oleh mereka yang fikirannya dua kali lima saja atau orang yang benci, cemburu dan iri hati kepada zuriat Rasulullah seperti Muawiyah dan kelurganya dan mengajak manusia lain menghina para ‘ ahlul bait ’ Rasulullah SAW..

Saya sendiri bukanlah pembaca atau pengikut tulisan Raja Petra Kamaruddin di Malaysia Today . Buang masa saja tulisan yang tak boleh membina minda macam ini yang bertaraf ‘ half past six’ aje, one cent no use ’. Tapi disebabkan saya disuruh memberikan komen mengenai tulisan beliau dan menulis untuk menjelaskan kepada pembaca siapakah blogger gila ini sebenarnya, maka suka tak suka terpaksa jugalah memberikan sedikit masa untuk membaca tulisan Raja Goblok ini.

Kedua saya tersenyum sendirian kerana fakta yang cuba nak diputarbelitkan oleh beliau mengenai keturunan ‘ Syed ’ adalah tidak betul sama sekali. Gelaran Sydinna digunakan bagi merujuk kepadaNabi Muhammad s.a.w. Apabila kita berselawat seperti yang diperintahkan oleh Allah di dalam Al- Quran (Al-Ahazab:56),

" Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan".

Kita mengucapkan selawat dengan menyebut Nabi s.a.w. sebagai Sydinna Muhammad. Tak tahulah kalau Raja Petra ada cipta selawat dia sendiri. Orang setengah tiang ini lain sikit. Bukan semua yang ada di Semenanjung Arab di zaman Nabi s.a.w. itu boleh dapat gelaran Sydinna Syed atau Syied bukan sekadar tuan, ikut bahasa ianya perlu ada pertalian dari keturunan ahlul bait Rasulullah s.a.w. Hanya mereka yang salasilah nya sampai kepada Nabi sahaja yang boleh memakai gelaran Syed. Ada juga yang lahir hari Jumaat pakai gelaran ‘ Syed ’.

Gelaran Syed tak sama dengan gelaran raja dan sultan. Kalau setakat jadi bapa saudara, jadi sepupu, dua pupu, kupu-kupu, tak layak dipanggil Syed tanpa salasilah. Sebab itu mereka yang ada bau-bau bacang dengan Sultan tapi tak layak mendapat gelaran Tuanku atau Tengku atau Engku, terpaksa berpuashati dengan gelaran raja. Dan sebab itu juga di Semenanjung Arab dan di zaman Nabi s.a.w. macam yang disebut oleh Raja Petra Kamaruddin itu ramai yang tak ada gelaran Syed. Bukan sahaja Abu Jahal dan Abu Lahab tidak layak mendapat gelaran Syed, malah mereka yang dari keturunan Bani Hashim juga ramai yang tak gunakan gelaran Syed.

Jika harimau dikandang lembu pun tetap harimau sama seperti Syed tak kiralah sama ada mereka ini asalnya dari Abbysinnia (sekarang Ethiopia) atau dari Yemen, atau dari mana-mana sahaja atau bekerja sebagai pencuci tahi unta atau bekerja di kilang papan atau tukang panjat pokok kerana kemuliaan di sisi Allah tidak ada kena mengena dengan ini semua. Bilal bin Rabbah pun, hanya seorang hamba abdi yang dibebaskan tetapi mendapat kemuliaan yang tinggi di sisi Allah.

Manusia yang suka memfitnah, menghina keturunan orang lain mungkin boleh dapat pujian dari pembaca dan peminat di dunia tetapi bakal mendapat penghinaan di akhirat. Itu juga janji Tuhan. Saya juga tersenyum kerana kesihan memikirkan nasib mereka yang terpengaruh dengan penulis bloggs yang seperti ini kerana mempercayai dan menjadikan cerita dongeng sebagai fakta. Menurut Raja Petra 20 atau 30 tahun dulu, disebabkan orang Melayu terlalu memuliakan keturunan Syed maka kononnya mereka akan menyerahkan anak dara mereka untuk ditiduri oleh Tok Syed bagi mendapatkan berkat. Cerita ini menjadi benar hanya kerana konon ceritanya Raja Petra sendiri pernah hampir menukarkan gelarannya dari Raja kepada Syed kerana nak dapat anak dara free tetapi tak jadi sebab tak nampak ramai perempuan.

Kisah tentang anak raja Bugis yang nak semuanyafree ini diceritakan oleh Haji Buyong Adil dalambukunya Sejarah Johor . Hendak tahu bacalah..! Sejarah orang Bugis datang ke Tanah Melayu tak macam kedatangan orang Arab yang datang untuk menyebarkan ajaran Islam yang suci dan bukan hendak jadi raja. Malah Sultan Perlis pun dari keturunan Arab yang bukan datang ke Tanah Melayu dengan tujuan nak cari takhta.

Cuba baca sejarah kewujudan Negeri Perlis Indera Kayangan dansejarah dan asal usul Raja Perlis (dipetik dari Laman Web Raja Perlis):

Setelah kemangkatan Sultan Dhiauddin MukarramShah, Kedah mula dibayangi sengketa yang dicetuskanoleh pihak Siam. Pihak Siam telah menyerang danmenduduki Negeri Kedah dan jajahan-jajahannyapada tahun 1821. Walau bagaimanapun, kerajaanSiam menghadapi kesukaran memerintahmemandangkan sikap rakyat di negeri ini yang masihkukuh berpegang teguh kepada institusi kesultanan Negeri Kedah.

Tindakan kekejaman oleh Siam ke atas pendudukdi sini seperti menyiksa, membakar rumah dan bahanmakanan serta merampas harta benda akhirnyamencetuskan satu tindakan serangan balas secarabesar-besaran yang didokongi oleh angkatansukarelawan yang hadir dari seluruh pelusuk negerinegeriIslam di nusantara. Serangan ini diketuai olehTengku Muhammad Akib, Datuk Wan MohamadAli dan seorang ulama terkenal dari tanahPalembang , Assyahid Syeikh Abdul SamadPalembang pada tahun 1838. Angkatan tentera initelah mara hingga ke Pattani, Hat Yai dan Singgora,tetapi akhirnya diundurkan oleh Siam denganbantuan Inggeris yang bersikap talam dua mukaketika itu.

Walau bagaimanapun, perkembangan ini memaksaSiam memikirkan tindakan berkompromi dalam halpentadbiran Negeri Kedah dan jajahan-jajahannya.Raja Besar Siam, Raja Nag Klau (Rama III),akhirnya memanggil pulang gabenor Siam di AlorGanu, Kedah yang dilantik menguasi Negeri Kedahdan menggantikan kuasa mentadbir Negeri Kedahserta jajahannya kepada pembesar-pembesar tempatanpada penghujung tahun 1839. Perlantikan inidilaksanakan setelah Negeri Kedah dan jajahannyadibahagikan kepada empat buah negeri berasinganiaitu Perlis, Setul, Kubang Pasu dan Kedah. Keempatempatnegeri ini diletakkan di bawah pentadbirangabenor masing-masing.

Bagi Negeri Perlis, Raja Long Krok (Paduka SeriMaharaja Lela) dilantik sebagai gabenor, manakalaSyed Hussin Jamalullail sebagai timbalan beliau.Detik ini merupakan detik bersejarah bagi NegeriPerlis yang telah mendapat pengiktirafan dari statusjajahan kepada status sebuah negeri.Pada saat ini, Perlis mendapat identiti sebagai sebuahunit politik yang tersendiri, mempunyai gabenor dandiberi mandat mentadbir negeri sendiri oleh pihakSiam.

Empat bulan setelah itu, Raja Long Krok meninggaldunia, Tuan Syed Hussin Jamalullail dilantik olehpihak Siam ke jawatan Gabenor Negeri Perlismenggantikan Raja Long Krok.

Pada Tahun 1843, Tuan Syed Hussin telah dilantikmenjadi Raja Negeri Perlis. Detik pengiktirafan inibermula apabila Raja Siam menjemput gabenorgabenorNegeri Perlis, Setul, Kubang Pasu dan Kedahuntuk upacara penganugerahan darjat.

Dalam majlis menghadap, Raja Siam telah dengansukacitanya menaikkan status sebagai "Raja"kepada gabenor-gabenor Negeri Perlis, Setul danKubang Pasu. Manakala gabenor Negeri Kedahdinaikkan taraf kepada status "Sultan".

Saya sengaja memetik sumber-sumber sahih ini bagi membuktikan kebanyakan daripada apa yang ditulis oleh bloggers dan yang dipercayai oleh peminat-peminat mereka adalah lari dari faktasejarah sebenarnya. Sebab itu saya mahu menulis buku yang baik, yang berdasarkan fakta yang betul dan jujur, tanpa niat jahat, dan tanpa mahu menghina sesiapa. Sebab itu ada tulisan penulis blogs yang bukan sahaja half-truth , malah zero-truth . Kesianlah mereka yang hidup-hidup dibohongi oleh bloggers dengan tulisan yang sensasi.

Melalui buku ini saya menyahut cabaran Datuk Kamal Amir yang menyuruh saya menulis sebuah buku yang baik. Bagi saya buku yang baik adalah buku yang menyatakan kebenaran. Penulis tak perlu menghina orang lain atau membanggabanggakan diri seperti yang dilakukan Raja Petra,

" unless you say something stupid, then I whack you to the kindom come ," bunyi macam Haji Sayuti Omar aje. Kalau kita nak tulis tentang Islam kita gunakan Quran dan Hadith sahih sebagai rujukan dan bukannya gunakan ayat-ayat dari kitab ‘ the Bible ’ seperti yang digunakan oleh Raja Petra dalam blognya bagi menyatakan bahawa Islam bukannya agama baru. Dia ni atheism ke?

Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. tak sama dengan kitab Bible yang ditulis oleh pengikut Nabi Isa a.s. atau yang dijadikan rujukan oleh Raja Petra. Kerja yang dilakukan oleh Raja Petra ini samalah dengan kerja yang dilakukan oleh para mubaligh agama Kristian yang menentang Islam.

Dr. Zakir Naik dalam bukunya, " Most Common Questions Asked By Christian Missionaries Against Islam " menjelaskan macam mana para mubaligh Kristian ini memperdayakan orang Islam dengan mengatakan kononnya ada persamaan di antara kitab Bible dan kitab-kitab lain yang terdahulu dengan kitab Al-Quran . Kata Dr.Zakir:

" Persamaan di antara Al-Quran dan kitab Bible tidak semestinya bererti Al-Quran itu ditiru daripada bible. Hatta ini menunjukkan bahawa dua kitab tersebut, sama seperti kitab-kitab yang datang daripada Tuhan (melalui Nabi-Nabi a.s.) sudah hilang kesahihannya, masih ada lagi bahagianbahagian di dalam kitab-kitab tersebut yang ada persamaan dengan kitab-kita lain. Memang benar ada sedikit persamaan di dalam Al-Quran dan Bible tetapi ini terlalu sedikit dan tidak cukup untuk menjadi bukti tuduhan kononnya Nabi Muhammad s.a.w. meniru daripada Bible.

"
Tak payahlah kita nak susah-susah gunakan Bible sebagai sumber rujukan. Ramai umat Islam yang masih tak katam Al-Quran. Yang katam pun masih ramai yang tak faham dan tak mempelajari isi kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu. Kalau kita tak tahu, tak payahlah nak jadi macam Ahlil-kitab kerana golongan ini sudah tidak wujud lagi. Antara Ahlil- Kitab terakhir ialah Warqah bin Naufal, bapa saudara Siti Khadijah r.a. Sewaktu Nabi s.a.w. turun dari Gua Hiraq selepas didatangi Malaikat Gibrail, Khadijah telah membawa Nabi s.a.w. kepada Warqah bin Naufal yang mengesahkan bahawa lelaki yang bernama Muhammad dan suami kepada anak saudaranya itu adalah Pesuruh Allah yang dinantikan setelah wafatnya Nabi Ibrahim a.s. Yang Raja Petra sibuk nak buat rujukan dengan kitabBible ni kenapa?

Siapakah Raja Petra yang sebenarnya? Apakah dari penulis blog dia nak jadikan dirinya sebagai Ahlil Kitab pula? Apakah dia juga antara mubaligh Kristian yang bersembunyi di tengah-tengah masyarakat Islam?

Sebagai penulis banyak perkara yang kita mesti tahu dan faham. Kalau tak tahu kita kena tanya dari orang yang memang pakar dalam sesuatu bidang. Tapi kebanyakan penulis blog macam Raja Petra bukannya penulis profesional. Sebab itu ramai di antara mereka yang main hentam keromo aje. Bila kena heret ke mahkamah baru padan muka.

Penulis, profesional atau macam kebanyakan penulis blog yang baru belajar dunia penulisan kena ingat tanggungjawab kepada pembaca. Kalau tak faham dan tak ada pengetahuan dalam sesuatu perkara, lebih baik jangan tulis. Tulis sahaja yang kita tahu. Jangan jadi macam Mufti Perlis yang nak tulis pasal politik tapi tak faham apa dia maksud " politik kepartian ".

Cuba baca tulisan Lifeboat dalam Harakah :

Kerja mufti bukan turut tumpang semangkuk dalam hal politik. Mufti tak boleh mengampu orang politik kerana takut hilang jawatan atau kerana sebab-sebab lain. Cukuplah mufti buat kerja agama aja macam contoh yang ditinggalkan oleh bekas Mufti Negeri Johor Allahyarham Datuk Syed Alwi Al-Hadad yang tak suka dan tak pernah cakap soal politik.

Sebab itu fatwa yang dikeluarkan oleh Allahyarham dihormati dah dipatuhi. Bila pencen dan tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, beliau sekali lagi dilantik sebagai Mufti. Macam mana negara nak betul bila orang yang ahli dalam bidang agama nak tulis tentang politik dan orang yang bukan ahli dalam bidang politik dan bukan ahli dalam bidang agama nak tulis tentangagama.

Itulah sebabnya Nabi s.a.w. pernah bersabda,

" Apabila sesuatu tugas itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya ."

Hari ini moral masyarakat dan rasa hormat kepada pemimpin kita hancur kerana adanya penulis blog yang tak tahu sejarah, tak tahu asal usul, tak tahu politik, tak tahu agama tapi berlagak mengalahkan profesor.

Seperti kata Chua Soi Lek, pena lebih tajam dari pedang . Pedang bila digunakan untuk menegakkan kebenaran seperti yang dilakukan oleh pahlawanpahlawan awal Islam untuk menyebarkan agama Islam dan yang rata-ratanya bangsa Arab termasuk mereka yang pernah bekerja sebagai penjaga kambing seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. atau mereka yang menjaga unta seperti yang disebut oleh Raja Petra membawa hikmah dan kemulian kepada orang yang menggunakanya.

Mungkin Raja Petra tak tahu siapa Awis Al-Kerani seorang gembala unta tetapi Khalifah Omar Al-Khatib terpaksa selama 10 tahun berturut-turut pergi mencari Awis kerana hanya dengan doa dari wali Allah yang menjaga unta baru Omar sahabat yang seperti bintang di langit baru boleh masuk syurga.

Ingat! Pedang bila digunakan untuk menakutnakutkan dan membunuh orang yang tak berdosa, maka ia samalah macam para lanun Selat Melaka yang menggunakan pedang untuk menawan dan menakluki bumi orang lain hingga ada di antaranya yang berjaya merampas takhta orang lain dan menjadi raja. Kasihan anak gundek yang tak dapat jadi raja.

Akhi (saudaraku)
Saudaraku, engkau merdeka di balik tembok itu
Saudaraku, engkau merdeka dengan belenggu itu
Bila engkau jadikan Allah sebagai sandaran

Maka apakah gerangan
Yang akan memperdayakanmu
Wahai saudaraku,pasukan kegelapan akan binasa
Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta
Lepaskan kerinduan jiwamuEngkau akan melihat fajar dari jauh telah bersinar

Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang
Engkau lemparkan senjata dari bahumu
Siapakah yang akan mengubati luka-luka para mangsa
Dan meninggikan kembali panji-panji jihad?


Sajak dicipta oleh Syed Quth ketika berada di penjara.

Dipetik dari Buku Gerhana Raja & Malaysia Today


Spesis berani-berani takut...


Raja Petra ada bawa kitab suci Al-Quran masa iring isterinya, Marina bagi keterangan di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur Rabu. Tak baik nak buat apa-apa andaian pada nawaitu orang yang nak tunjuk dia berani kerana benar. Cuma kawan selalu berpegang pada pesanan kitab suci Al-Quran jangan dibuat main-main.

Apa lagi kalau kita ada rekod hentam tuduh orang tapi tak berani sahut cabaran buktikannya. Macam dia tuduh Datuk Norza Zakaria masuk duit RM200,000 ke dalam akaun Agendadaily dan baru-baru ini tukar cerita kata Khairy Jamaluddin pula. Nak buat macam mana ada orang spesis berani-berani takut. Dia daftar laman web di luar negara dan rembat tuduh sapa saja ikut suka hati mak bapak dia.

Bila minta bukti sampai hari ini kantoi tapi jangan ingat dia sudah jem. Akai mesti panjang. Jalan mudah nak pelepas diri ...dia pun keluar dengan alasan control macho ‘bukan level saya untuk jawab Agendadaily. Kalau Apek di pasar borong yang tak ada apa-apa level pun dengar ini cerita, kawan tu pun boleh terpancut kata: "Haiyaa, Mr Pet lu manyak pandai pusing cakap maaa."