Thursday, March 13, 2008

Hanya Sandiwara - DAP Mohon Maaf

DAP memohon maaf atas kenyataannya semalam, yang meminta 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Perak memulaukan istiadat pelantikan Menteri Besar Pas yang dijadual berlangsung pukul 4 petang ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan terbaru pagi ini berkata, kenyataan tiga perenggan membantah pelantikan Setiausaha Perhubungan Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar bukan dibuat kerana tidak menghormati Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

“Mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada 9 Mac tidak memberi kelulusan bagi seorang Menteri Besar Pas mengetuai kerajaan campuran negeri Perak bukan dibuat kerana tidak menghormati Pemangku Raja Perak yang saya sentiasa beri sanjungan tertinggi dan saya memohon maaf jika menyebabkan tersinggung perasaan,” kata penasihat parti itu Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kenyataan semalam dibuat berdasarkan kedudukan DAP pada ketika itu.

“Terdapat rundingan dan perkembangan selanjutnya mengenai perkara itu beberapa jam selepas kenyataan tersebut.

“Kenyataan mengenai kedudukan terbaru itu akan dibuat,” kata beliau.

Komen:

Persetankan mohon maaf mereka! Ini semua taktik DAP untuk tunjuk pada rakyat umum kononnya mereka menghormati keputusan Sultan sedangkan pada dasarnya DAP menentang keras perlantikan orang Melayu sebagai Menteri Besar Perak. Jika dengan Sultan mereka tidak hormat, apakan lagi orang Melayu!

Jangan kita terpedaya dengan kata-kata dan janji DAP kerana mereka bukannya mahu membela nasib rakyat tetapi terang-terang ingin membolot kuasa dan keharmonian rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

2 comments:

bkttorapi said...

Sampai bila orang melayu nak maju. nak makan disuap. harap bantuan dan ihsan orang lain. DEB adalah salah satu penyebab orang melayu masih ditakuk lama. Mundur dan sentiasa bergantung kepada kerajaan. bila lagi melayu nak berdikari memajukan taraf kehidupan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain yang telah lama mencapai kejayaan tanpa bantuan DEB pun. Melayu, Ayuh bangkitlah dari mimpi indah yang sentiasa dibuai manja oleh DEB dan kerajaan.

bkttorapi said...

Melayu dan DEB