Monday, March 24, 2008

Laman Blog Dekati Belia

Kementerian Belia dan Sukan akan mewujudkan laman blog sendiri untuk mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaacob berkata, blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular dalam kalangan belia dan kewujudannya tidak boleh dipandang ringan ekoran fungsinya cukup berkesan.

"Sekiranya kita terus memperlekehkan kewujudan blog, saya bimbang suatu hari nanti ia akan mengambil alih peranan akhbar arus perdana,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Rakan Muda di sini malam tadi.

Beliau berkata blog yang akan diwujudkan itu nanti akan disesuaikan dengan kehendak belia iaitu berbentuk ringan dan santai.

Ismail Sabri berkata, kementerian juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia pada hari Selasa bagi mendapatkan maklum balas mengenai kedudukan sebahagian besar pertubuhan belia yang tidak bermaya dan lesu.

Komen:

Jangan diperlekeh suara-suara para bloggers kerana kini blog merupakan salah satu medium penting dalam menyuarakan suara dan pendapat rakyat. Tindakan mewujudkan blog khas seperti yang dirancang oleh KBS di lihat bersesuaian dan amat bertepatan dengan waktunya di mana rakyat kini dahagakan medium yang dirancang teliti oleh Kerajaan untuk mendapatkan maklumat serta menyuarakan pendapat mereka.

1 comment:

yusof said...

Sepatutnya Idris Jusuh sudah awal lagi menerimanya untuk mengelakkan berlaku kekecohan sebigin. Dia ingat kedudukannya boleh diselamatkan oleh kuasa persekutuan. Setelah 50 tahun merdeka, orang UMNO sendiri keliru tentang sistem politik moden. Kuasa persekutuan bukan sistem baru, tapi di bawah pemerinthaan BN yang berlarutan, kuasa kerajaan persekutuan terkumpul dengan terlalu cepat melalui proses pindaan perlembangaan dengan begitu mudah hampir lupa Malaysia juga harus menikmati sedikit kuasa negara negeri ( nation state ) yang ini masih terletak di bawah kuasa raja-raja Melayu.