Wednesday, March 5, 2008

PAS Suka Pembaziran

Seperti juga Barisan Nasioanal (BN), Pas juga tidak mahu mengalah mengadakan perjumpaan dengan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan cuma bezanya BN memilih Mini Stadium Juara di Bukit Kiara dengan sewa yang murah sebagai tempat perjumpaan manakala Pas memilih hotel mewah lima bintang.

Matlamatnya adalah sama untuk menawan hati anak-anak Kelantan yang berada di perantauan supaya pulang mengundi parti masing-masing pada 8 Mac nanti.

BN sebagai parti pemerintah walaupun mampu untuk menyewa mana-mana hotel mewah di Kuala Lumpur ini tetapi memilih untuk `bersederhana’ selaras dengan tuntutan Islam supaya jangan membazir.

Tetapi Pas yang mempunyai bangunan dan Ibu Pejabat di Jalan Tunku Abdul Rahman telah memilih Hotel Nikko sebagai tempat perjumpaan yang sudah tentu sewanya mencecah berpuluh ribu ringgit.

Persoalannya sekarang antara BN dan Pas siapa yang membazir?

Ramai pihak melihat mengapa parti Pas yang mempunyai sumber kewangan yang terhad dan hanya mengharap sumbangan dan derma ahli-ahli parti semasa ceramah mahu membazirkan wang mengadakan perjumpaan di hotel mewah.

“Bukankah perjumpaan seperti itu elok diadakan di ibu pejabat parti yang juga mempunyai dewan yang agak besar atau markas Pas di Taman Melewar bagi menjimatkan wang untuk perkara-perkara yang lebih berfeadah,” kata seorang hadirin yang menghadiri perjumpaan pada malam Ahad lalu.

Menurutnya tidak semua yang hadir pada malam itu adalah anak-anak Kelantan ada juga daripada negeri-negeri yang lain yang mengikut kawan ke hotel tersebut.

“Tidak perlulah Pas membazir buat perjumpaan di hotel mewah, saya kebetulan mahu berjumpa kawan di Hotel Nikko dan melihat ramai orang di hotel ini katanya ada perjumpaan anak-anak Kelantan jadi saya datang melihat,” katanya yang mahu dikenali sebagai Azman yang berasal dari Selangor.

Program yang dikenali sebagai `Perhimpunan Anak-Anak Kelantan di Perantauan’ telah dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa, dihadiri tidak sampai 2,000 orang.

Berbeza dengan perjumpaan yang dianjurkan oleh BN yang dibuat secara sederhana diusahakan oleh Muafakat Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) yang diadakan di Mini Stadium Juara Bukit Kiara penuh sesak dihadiri lebih 5,000 orang anak-anak Kelantan dari berbagai golongan yang berada di perantauan dengan tetamu kehormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan antaranya bakal Menteri Besar Kelantan jika BN berjaya merampas kembali negeri itu, Datuk Awang Adek Hussin, Datuk Seri Annuar Musa dan ramai lagi.

3 comments:

faiR said...

heheheh
tak meriah blog org umno yer
tak ada pengunjung ke
sama mcm mahligai
kepala2 dia
sunyi sepi

faiR said...

anak2 muda kelantan setia dengan kepimpinan PAS
maaflah...
dari survey yang dibuat
5 perantau yang pulang,hanya sorang penyokong UMNO
sedih2

wan lee said...

assalamualaikum.........fair fair fair..... adakah tindak tanduk anda sama dengan nama anda wallahualam.......benar...rakyat kelantan menolak BN pada PRU 12 yang lalu. tetapi ini mungkin tidak akn berkekalan....lihat saja pada PRU tahun 1999 dimana terengganu tumbang kepada Pas dan umum tahu terengganu dulu kubu kuat BN tetapi akhirnya tumbang juga. namun apa yang peliknya apabila Presidennya (Pihak Pembangkang) melakukan bermacam-macam tindakan yang tak wajar maka rakyat Terengganu akhirnya sedar... dan mereka memilih semula parti yang mampu melindungi mereka hal ini diterjemahkan kedalam PRU tahun 2004. dimana BN menang besar. Alhamdulillah PRU 12 BN menang lagi....renung-renungkanlah