Friday, March 14, 2008

Pelaksanaan Infrastruktur Utama - DAP juga yang untung!

Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menggesa kerajaan persekutuan meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan projek infrastruktur utama di Pulau Pinang.

Beliau berkata projek seperti jambatan kedua Pulau Pinang, Rangkaian Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), monorel dan sistem pengangkutan awam, lapangan terbang dan pembesaran pelabuhan yang dijanjikan kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN) patut diteruskan demi faedah rakyat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, beliau berkata semua projek infrastruktur itu adalah amat penting demi masa depan ekonomi dan kualiti hidup bagi Pulau Pinang dan juga negeri berjiran.

"Kejayaan pelaksanaan projek berkenaan juga akan memastikan Pulau Pinang akan terus tumbuh sebagai hab bagi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) serta Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

"Oleh itu, Gerakan merayu kepada kerajaan persekutuan agar meneruskan projek berkenaan," katanya mengulas gesaan Umno Pulau Pinang semalam supaya kerajaan persekutuan membatalkan projek berkenaan.

Komen:

Bukan hendak bermaksud menidakkan pembangunan, tetapi rakyat ingin lihat bagaimana DAP mampu untuk membangunkan negeri Pulau Pinang tanpa bantuan dari kerajaan. Dengan tindak-tanduk DAP yang dilihat begitu ghairah membuat tindakan bodoh menidakkan hak-hak orang melayu, jadi kita ingin lihat bolehkan mereka "Survive" dalam mentadbir negara.

Pembinaan "Second Link Bridge dan sebagainya" mempunyai kepentingan semua pihak tetapi kenapa kerajaan perlu membina dan membelanja wang yang banyak tetapi akhirnya bukan sepenuhnya dinikmati rakyat Pulau terutamanya golongan Melayu sebaliknya dirampas sepenuhnya oleh DAP!

Kita akan melepaskan Pulau Pinang dari jajahan komunis durjana, tetapi pertama kita perlu melihat dan merancang dengan teliti kelemahan mereka dan bagaimanakah cara-cara yang perlu diambil untuk melepaskan negeri ini dari jajahan mereka.Kita naikan kembali harga diri orang Melayu, kita wujudkan kembali keistimewaan orang Melayu. Mungkin DAP boleh menyekat keistimewaan orang Melayu tetapi mereka tidak mampu untuk menyekat kebangkitan dari segi pemikiran dan kudrat orang Melayu.

1 comment:

wan lee said...

ASSALAMUALAIKUM...........saya bersetuju dengan Wazirai..tahniah kerana saudara dapat berfikir dengan rasional.... Melayu Pulau Pinang boleh bangkit jika mereka bersatu padu....pakatan pembangkang tidak akan kekal selama-lamanya kerana banyak ideologi mereka berbeza antara satu sama lain.......