Tuesday, March 25, 2008

Inilah Dia Janji Komunis..Janji Lahanat DAP

SELEPAS lebih dua minggu Pilihan Raya Umum Ke-12 berlalu, seluruh penduduk di Pulau Pinang masih menanti kerajaan negeri pimpinan DAP untuk melaksanakan janji-janji mereka.

Antara janji pembangkang sewaktu berkempen ialah menghapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang (RM7 sekali masuk) dan Tol Sungai Nyior (50 sen sehala), bonus sebanyak RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah serta penurunan harga minyak.

Namun apa yang dinanti-nantikan ialah bila bayaran di Plaza Tol Sungai Nyior hendak dimansuhkan kerana satu ketika dahulu, ia pernah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna semasa pemerintahan Barisan Nasional di bawah Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Plaza tol itu sebenarnya telah menimbulkan rungutan di kalangan pengguna sejak ia mula dibuka pada 21 Februari tahun lalu dan berlarutan sehingga mendapat campur tangan dari kerajaan negeri, Lembaga Lebuh Raya Malaysia dan Kementerian Kerja Raya.

''Bilakah agaknya?'' Itulah yang dinanti-nanti ketika ini oleh para pengguna laluan itu yang terpaksa membayar 50 sen setiap kali menggunakannya.

DAP memang menggunakan isu pemansuhan bayaran tol itu untuk memancing undi ketika berkempen dan mereka berjanji untuk memansuhkan bayarannya sehari selepas menerajui kerajaan negeri.

Kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng kini bagaikan dalam dilema kerana tiada satu usaha dilakukan untuk memansuhkan bayaran tol itu sehinggakan ia menimbulkan rasa gelisah kerana janji sudah dibuat tetapi bila hendak dilaksanakan.

Pelbagai pihak, khususnya UMNO mendesak agar kerajaan negeri menyegerakan pemansuhan bayaran tol itu kerana tidak mahu DAP menjadikan ia sebagai gula-gula pilihan raya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan, Marzuki Yahya berkata, pihaknya akan terus mendesak sehingga kerajaan negeri menunaikan janji kepada rakyat.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri sebenarnya tidak mampu menunaikan semua janji mereka malah untuk memansuhkan bayaran tol belum pasti dilaksanakan.

"Saya tidak yakin kerajaan negeri mampu mengubah semua perjanjian dengan pemegang konsesi kerana ia melibatkan jumlah wang yang banyak untuk membayar pampasan," katanya kepada Utusan Malaysia di sin hari ini.

Tol Sungai Nyior merupakan sebahagian daripada pakej Lingkaran Luar Butterworth (BORR) yang bernilai RM400 juta dengan jarak 14 kilometer .

Kadar tol yang ditetapkan Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) adalah antara 50 sen hingga RM3.90 mengikut kelas kenderaan.

Menurut Marzuki, Pemuda UMNO akan terus memainkan peranan mereka sebagi pendesak agar kerajaan negeri tidak lupa akan janji-janji mereka kepada rakyat.

"Alangkah malangnya jika rakyat tertipu dengan segala helah pembangkang ketika berkempen kerana kita tahu untuk mengubah semua perjanjian adalah sukar lebih-lebih lagi melibatkan kos pampasan yang tinggi," katanya.

Komen:

Seperti yang dijangka DAP dan BA hanya pandai berjanji tetapi tidak tahu bagaimana nak menepatinya. Tunggu dan lihat bagaimana janji mereka hanya janji tinggal janji sehinggalah tamat penggal pemerintahan mereka pada pilihan raya ke 13 akan datang.

Dari mana datangnya keikhlasan dan percaya rakyat jika mereka tidak mampu menepati janji. Biasalah! Janji komunis mana boleh pakai!

Janji DAP:

  1. Bonus sehingga RM6,000 bagi setiap anggota isi rumah yang berpendapatan RM6,000 atau kurang setahun.
  2. Menyediakan bekalan air bersih yang selamat dan mampu dibayar oleh rakyat.
  3. 100,000 anggota polis ditugaskan meronda di jalan-jalan bagi mengurangkan jenayah dan menghapuskan ancaman dadah.
  4. Menarik pelaburan yang berkualiti dengan pekerjaan yang menyediakan ganjaran yang tinggi.
  5. Mendapatkan khidmat ahli-ahli akademik terbaik di peringkat dunia untuk menerajui institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
  6. Menaikkan gaji bagi menarik dan mengekalkan para guru dan pensyarah yang terbaik di dalam pendidikan.

3 comments:

Anonymous said...

Apa la yang ko dok membebel ni?
Langsung tak masuk atau ko tak faham fakta pasal manifesto Barisan Rakyat (BR)?

Cuba baca betul2 manifesto BR...jangan pakai hentam je kalau nak tulis artikel tu....

putra said...

ko jgn kata DAP tu komunis ke apa..parti tu dh dpt sokongan rakyat PP skrg..BN guna tv, media pn x boleh menang ke..

kenape? BN dh tak relevan..dan jahat

kenape?aa..lu pikir la sendiri..assalamualaikum

Anonymous said...

Tak kan tu pun tak tau, janji2 tu kalau BR dapat memerintah keseluruhan Malaysia (Persekutuan) bukan negeri sebab Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang dan lebuhraya yg lain adalah di bawah kerajaan persekutuan. Apa yg kerajaan negeri boleh buat ialah apa yang tertakluk di bawah kuasanya....