Friday, March 14, 2008

Surat dari rakyat: Melayu Makan Melayu

BELUM seminggu menikmati kemenangan dalam pilihan raya, DAP telah mula menunjukkan belang sikap cauvinis dan ‘kiasu’ dengan tidak menghormati dasar sosial melindungi hak orang Melayu.

Orang Melayu Pas dan PKR hanya pandai menunjukkan kehebatan politik demonstrasi jalanan dan keseronokan berpesta pilihan raya. Tetapi DAP menunjukkan kehebatan menerusi penyatuan undi Cina dengan memperlekeh orang Melayu dan rakan kongsi mereka iaitu PKR dan Pas.

Dengan kebijaksanaan, manipulasi dan dendam politik, DAP dengan berani menolak perlaksanaan DEB di Pulau Pinang.

Mereka akan mengadakan sistem pilihan raya majlis perbandaran dan akan mendesak sistem yang sama untuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Oleh kerana orang Cina adalah penduduk dan pengundi majoriti di semua bandar besar, DAP yakin dapat memiliki pentadbiran bandar dan majlis tempatan. Mereka akan memastikan Cina, yang kini menguasai ekonomi dan kekayaan negara, akan terus diperkasakan sementara Melayu terus dipinggir.

Pada masa yang sama mereka berikrar menjadikan Pulau Pinang negeri termaju dengan meminta kerajaan BN terus menyalurkan wang pembangunan. Mereka juga mahu Petronas membiayai kos membina jambatan kedua Pulau Pinang untuk mengelakkan kemungkinan membayar tol.

Mereka mahu keselesaan untuk rakyat Pulau Pinang sahaja, peduli apa dengan orang lain. Yang sudah ada hendak ditambah, hak orang lain hendak dinafikan. Ini sikap kiasu yang sememangnya tamak dan jijik.

Kerajaan DAP yang kononnya multi-racial mengwujudkan setiap satu jawatan Timbalan Ketua Menteri untuk orang Melayu dan orang India, dengan alasan mereka akan mengadili kepentingan sendiri. Ini adalah bukti bahawa DAP dan PKR yang multi-racial tidak dapat berlaku adil dan menjaga semua rakyat sehingga terpaksa mengamalkan pemerintahan mengikut pecahan kaum.

Perkara yang sama dilakukan di Perak dan Selangor kerana DAP hanya mahu menjaga kepentingan Cina sahaja dan tidak mempercayai PKR dan Pas yang mengetuai kerajaan-kerajaan negeri tersebut.

Inilah akibatnya perbuatan orang Melayu yang menyokong DAP menerusi sokongan mereka kepada PKR dan Pas. Mereka sebenarnya pengkhianat bangsa dan agama. PKR tidak langsung membantah kerana mereka hanya berminat untuk berkongsi kuasa dengan DAP. Pemimpin utama PKR juga menolak DEB terutama ketika berceramah di hadapan hadirin bukan Melayu. Selain itu, ramai calon bukan Melayu turut bertanding atas tiket PKR. Maka segala momokan bahawa PKR mengutamakan kepentingan Melayu adalah penipuan paling besar dalam sejarah politik tanah air. PKR sebenarnya bergerak atas landasan dendam peribadi pemimpinnya. DAP ternyata mempergunakan PKR untuk agenda mereka dan terbukti berjaya besar. PKR pula bergantung kepada DAP untuk menarik undi bukan Melayu. Sebab itu, PKR sanggup bersekongkol dengan gerakan undi jentera DAP iaitu ‘undi Cina untuk Cina’.

Atas percaturan itu, masyarakat Cina turut menyokong PKR kerana parti itu diyakini bukan membawa agenda Melayu sebagaimana UMNO. Lebih pasti, PKR menjadi alat untuk DAP lemahkan kuasa politik Melayu. Itulah jasa terbesar PKR kepada umat Islam dan Melayu.

1 comment:

yusof said...

Pandanglah, fikirlah ke hadapan. Ada pula kalangan yang mahu mengerakkan satu kumpulan yang dinamakan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu, ini bermakna mahu orang Melayu berfikir menurut prasangka lama ( prejudment ) yang terus melemahkan masyarakat ini dan meminggirkan mereka dari arus global. Bukankah Pak Lah sendiri pernah menyatakan bahawa Malaysia akan terus menyambut kemerdekaannya dalam masa lima puluh tahun akan datang. Fikirkan bagaimana bentuk masyarakat Malaysia pada ketika itu, adakah ia masih dalam keadaan begini? Arus politik akan terus berubah, fungsi politik untuk membentuk sistem pentadbiran juga akan mencari jalan penyesuaian. Jangan tidak terperanjat dalam masa 5-10 tahun lagi, parti-parti dalam BN termasuk UMNO terpaksi berkongsi kuasa dengan parti-parti pembangkang sekarang untuk menubuhkan sebuah kerajaan. Pandanglah dan fikirkan kehadapan.