Sunday, March 2, 2008

Tahniah! Kepada Kerajaan BN, FELDA dan RISDA

Tahniah! Kepada Kerajaan BN, FELDA dan RISDA kerana :

RISDA cadang lupus RM 141 juta hutang pekebun kecil – kerajaan telah bercadang untuk melupuskan hutang mereka bagi meringankan beban pekebun kecil yang sebahagian besarnya kini sudah lanjut usia. Kerajaan yang bersifat pemurah merasakan bahawa bagi pekebun kecil yang telah berusia, sudah sampai masanya untuk mereka menumpukkan sepenuhnya kepada keselesaan hidup dan bebas dari hutang. Bagi yang telah meninggal dunia, kerajaan merasakan amat berdosa jika kita tidak menghapuskan hutang mereka yang telah meninggal dunia. Selain itu kerajaan dan RISDA berpendapat pekebun kecil perlu dibantu bagi meringankan beban mereka kerana mereka turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Syabas diucapkan kepada pihak RISDA dan kerajaan atas tanggungjawab membantu para pekebun kecil ini. Jelas di sini kerajaan memberi sepenuh perhatian kepada rakyat yang secara tidak langsung membantu menaikan taraf ekonomi negara.

Belia FELDA akan menerima rumah sendiri yang dibina oleh kerajaan melalui pembinaan projek perumahan untuk belia-belia FELDA di tanah-tanah rancangan di seluruh negara bagi membantu mereka memiliki rumah sendiri yang selesa. Langkah ini sekali gus boleh menggalakkan mereka berkecimpung dalam kerja-kerja lading bagi mengatasi kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Kerajaan juga komited untuk melaksanakan pelbagai program bantuan kepada golongan miskin bagi memastikan matlamat membasmi kemiskinan tegar tercapai sepenuhnya pada 2010. Keutamaan kerajaan sekarang adalah untuk membina dan membaiki rumah rakyat termiskin di seluruh negara. Kerajaan melihat keutamaan mengenai perkara ini kerana kerajaan mahu setiap rakyat mendapat kemudahan asas yang mencukupi serta ini adalah janji kerajaan kepada rakyat yang telah bersama-sama membantu memajukan negara dan sepenuhnya menyokong kerajaan.

Komen:

Ini adalah janji kerajaan BN kepada rakyat. Janji ini tidak memerlukan medium atau manifesto menipu yang mangaburi mata rakyat seperti mana yang dijanjikan oleh pembangkang. Janji kerajaan adalah janji ikhlas yang boleh dicapai bersama-sama rakyat. Ini bukanlah janji palsu yang hanya bertujuan meraih undi dan kelak mempermaikan rakyat. Kita sebagai rakyat harus bersyukur kerana negara kita adalah negara aman makmur. Kita sudah berada di landasan yang betul, jadi sama-samalah kita berjanji untuk tidak merosakkannya. Sokonglah kerajaan tanpa berbelah bagi. Hidup BN! Hidup Rakyat!

2 comments:

yusof said...

Berapa banyak kerusi parlimen yang diperlukan oleh BN untuk melaksanakan manifesto mereka, 90%, 96% atau 100%. Kalau dilihat dari kempen BN yang menguasai 100% media perdana, moodnya menandakan parti pembangkang bukan sukar untuk memenangi satu kerusi, nak dapat satu undi pun mungkin juga sukar. Adakah sebuah kerajaan mesti manang 100% kerusi untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan pentadbiran yang telus dan cekap? Saya rasa dengan mempunyai kerusi 55% atau 60% pun masih memberi peluang kepada BN untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan telus, dengan syarat parti pemerintah mempunyai sifat yang ikhlas di dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Inilah dikatakan kematangan di dalam sistem politik negara yang kalau diukur menurut tahun sedang berada di dalam mood untuk mencapai taraf negara maju melepasi 80%. Namun dari sentimen yang digambarkan di dalam mood pilihanraya ini menunjukkan BN masih bersifat kebudakan walaupun sudah memerintah 50 tahun; peangai macam budak enggan berkongsi apa-apa yang dia dapat kecuali kepada budak-budak lain yang boleh dibulinya separti budak-budak MCA dan budak MIC. Jadilah sebuah pentradbiran yang matang, sekurang-kurangnya memberi peluang kepada masyarakat untuk menjadi matang dan peluang ini harus diberikan kepada rakyat selagi negara berada di dalam keadaan aman.

yusof said...

Mengapa orang masih mahu mengundi parti komponen BN walaupun selepas 8 March ini jika BN memperolehi kemenangan besar, yang memenangkan mereka ini sudah pun tahu akan melalui corak kehidupan yang serupa seperti selepas pilihanraya 2004?