Friday, March 28, 2008

2008 Tahun Pemilihan

Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada tahun ini merupakan tahun pemilihan bagi jawatan-jawatan di semua peringkat.

Presiden parti, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, tarikh PAU akan diadakan pada 16 Disember 2008 hingga 20 Disember 2008 iaitu pada hujung tahun ini.

“Manakala Persidangan Tahunan Cawangan UMNO akan diadakan pada 17 Julai 2008 hingga 24 Ogos 2008, dan Persidangan Perwakilan Bahagian pula akan diadakan pada 9 Oktober 2008 hingga 9 November 2008,” tambah beliau lagi, juga selaku Perdana Menteri.

“Pemilihan parti dan kepimpinan akan dijalankan seperti biasa,” kata beliau.

“Dan kita tengoklah kalau ada apa-apa perubahan dan perkembangan nanti dan kita akan umumkan dari masa ke semasa,” ujar beliau lagi.

Pemilihan UMNO yang dijadual tahun lepas ditunda hingga tahun ini ekoran jangkaan Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kali terakhir pemilihan diadakan ialah pada 2004.

Mengikut perlembagaan parti, ia boleh ditunda sehingga 18 bulan dan tempoh itu berakhir pada Jun 2009.

1 comment:

jasindaily online said...

kawan ingat nak tunda makin lama lagi..makin lama makin panas isu parti hang pa....apa2hal kami menuggu berita selanjutnya..salam ziarah dari saya..assalamualaikum